EXCO

PBT diarah teliti tapak krematorium sesuai, elak beban kepada waris

30 Ogos 2021, 9:39 AM
PBT diarah teliti tapak krematorium sesuai, elak beban kepada waris

SHAH ALAM, 30 OGOS: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan segera berhubung tapak krematorium kawasan masing-masing khususnya membabitkan kematian akibat Covid-19.

EXCO kerajaan tempatan berkata majlis juga diarah mengenal pasti dan meneliti lokasi pembinaan krematorium untuk proses pembakaran mayat.

"Semua PBT perlu merancang dan menelitinya untuk cadangan Belajawan 2022 termasuk penetapan kadar bayaran supaya tidak membebankan waris.

"Ini bagi membantu rakyat dan tidak mahu rakyat jadi terdesak," kata Ng Sze Han ketika sesi penggulungan di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Ketika sesi perbahasan minggu lalu, ada Ahli Dewan Negeri mengusulkan supaya setiap PBT menyediakan tempat pembakaran mayat.

Sementara itu Sze Han berkata lebih 8,000 penjaja kecil-kecilan ditawarkan lesen sementara sepanjang penularan Covid-19.

"Akibat pandemik, ramai keluar dari zon selesa dan berniaga termasuk di tepi jalan. Justeru, Kerajaan Negeri memilih untuk bersama dan membela mereka.

"Jadi Kerajaan Negeri mengarahkan PBT mempermudah dan mempercepatkan pemberian lesen selain mengenal pasti tapak sementara yang sesuai dengan kawalan keselamatan serta tiada kacau ganggu," katanya.

Bermula Ogos tahun lalu, PBT negeri ini bermula dari Majlis Bandaraya Shah Alam memberikan permit sementara kepada peniaga tidak berlesen khususnya golongan berpendatan rendah (B40) yang terjejas akibat Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619