EXCO

Selangor bakal perkenal inisiatif di kawasan industri baharu

30 Ogos 2021, 7:05 AM
Selangor bakal perkenal inisiatif di kawasan industri baharu

SHAH ALAM, 30 OGOS: Satu inisiatif bakal diperkenal di kawasan perindustrian baharu bagi membolehkan pelabur dan pengilang mengurus kebajikan pekerja dengan lebih sistematik.

EXCO pelaburan berkata antaranya kebenaran membina asrama setempat yang bertujuan memusatkan semua pekerja kilang dalam kawasan industri itu.

"Perkara ini sedang dalam proses dan Kerajaan Negeri akan laksanakan secepat mungkin," kata Dato' Teng Chang Khim menjawab soalan tambahan wakil rakyat Semenyih Zakaria Hanafi berhubung kediaman pekerja industri.

Menurut Chang Khim pihaknya juga menggalakkan pelabur dan pengilang yang beroperasi di kawasan yang luas membina asrama untuk pekerja mereka.

"Setakat ini syarikat Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) menggunakan alternatif ini untuk 3,000 pekerjanya. Ini modul yang baik tetapi tidak dikuatkuasakan sebagai undang-undang," katanya.

Terdahulu wakil rakyat Bandar Baru Klang memaklumkan Selangor catatkan nilai pelaburan lebih RM22.45 bilion sepanjang Januari tahun lalu hingga sekarang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619