AGENDA

PM terpaksa kuarantin, tidak hadir istiadat angkat sumpah menteri

30 Ogos 2021, 6:47 AM
PM terpaksa kuarantin, tidak hadir istiadat angkat sumpah menteri

SHAH ALAM, 30 OGOS: Perdana menteri yang menjalani kuarantin setelah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 tidak dapat hadir majlis istiadat angkat sumpah barisan menteri kabinetnya hari ini.

Susulan itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengangkat sumpah seminggu lalu, terpaksa menyertai program sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di Putrajaya esok secara maya, kata Pejabat Perdana Menteri.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia barisan kabinet baharu di depan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dijadual bermula jam 2.30 petang ini.

"Bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadual berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, perdana menteri akan menyertainya secara maya," kata pejabat beliau lagi dalam kenyataan.

Dua daripada 31 menteri serta 38 timbalan menteri tidak dapat hadir untuk mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Mereka ialah Tan Sri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjung Karang) yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana difahamkan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dan Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II, yang disahkan positif Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619