AGENSI

Kakitangan Air Selangor cipta rekod nyanyi lagu merdeka teramai dalam talian

29 Ogos 2021, 8:46 AM
Kakitangan Air Selangor cipta rekod nyanyi lagu merdeka teramai dalam talian

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk rekod 'Penyertaan Terbesar Bagi Persembahan Lagu Secara Maya' sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata rekod itu disahkan MBOR semasa sesi nyanyian beramai-ramai lagu ‘Tanggal 31 Ogos’ dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad secara serentak pada 20 Ogos lepas melibatkan 3,126 warga kerja di ibu pejabat serta semua pejabat wilayah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di sebalik kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), Air Selangor telah berjaya melaksanakan acara sambutan ini menerusi platform dalam talian.

“Acara ini diadakan dengan matlamat untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja Air Selangor, di samping terus mendukung semangat #kitajagakita sepanjang tempoh pandemik yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata dengan tema Malaysia Prihatin, Air Selangor turut mengagihkan 150 bekalan makanan asas "Box of Hope" kepada komuniti yang memerlukan di sekitar Semenyih, Kajang dan Sungai Ramal pada 24 Ogos lepas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619