AGENSI

Yide sumbang 200 beg jenazah pesakit Covid-19 untuk hospital Klang

28 Ogos 2021, 12:53 AM
Yide sumbang 200 beg jenazah pesakit Covid-19 untuk hospital Klang

SHAH ALAM, 28 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbang 200 beg mayat kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang semalam bagi memudahkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

Ahli lembaga pemegang amanah berkata inisiatif melibatkan kos sebanyak RM15,200 itu sebagai tanda keprihatinan agensi terhadap peningkatan kes kematian ketika ini terutama di Selangor.

"Menyedari keperluan mendesak penggunaan beg ini, Yide salurkan kepada HTAR supaya urusan mengurus mayat Covid-19 ini mudah," kata Prof Dr Azreen Syazril Adnan menerusi kenyataan.

Beliau berkata pihaknya turut menyerahkan tambahan 4,000 sut pelindung diri (PPE) bernilai RM138,000 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk kegunaan petugas yang mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.

"Terima kasih kepada semua penyumbang korporat, orang awam dan syarikat swasta atau anak syarikat kerajaan yang menyumbang untuk golongan sasar.

"Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan cukai mengikut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui resit rasmi Yide," katanya.

Minggu lalu, sebanyak 3,000 PPE turut diserah kepada Jais merangkumi PPE Coveral Jumpsuit, pelindung muka, pelitup muka N95, sarung tangan dan apron dengan nilai keseluruhan RM104,640.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619