AGENDA

Cadang wujud subsidi terapi tangani isu kesihatan mental

27 Ogos 2021, 8:26 AM
Cadang wujud subsidi terapi tangani isu kesihatan mental

SHAH ALAM, 27 OGOS : Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan inisiatif subsidi terapi bagi menangani isu kesihatan mental.

Juwairiya Zulkifli berkata perkara itu wajar dipertimbangkan kerana kos menjalani sesi terapi dan perubatan agak mahal sekaligus menyukarkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan tersebut.

"Saya mencadangkan agar inisiatif subsidi terapi dapat dipertimbangkan pada masa akan datang, usaha ini untuk menjamin kesejahteraan serta kesihatan rakyat Selangor," katanya.

Beliau berucap ketika membahaskan titah ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Dalam perbahasannya, Juwairiya berkata menyambut baik inisiatif mewujudkan Selangor Mental Sihat (Sehat) yang dapat membantu individu melakukan saringan mental secara kendiri.

"Sehat adalah sebuah fungsi dalam aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) membolehkan pengguna melakukan ujian saringan awal secara kendiri untuk tahu tahap kesihatan mental masing-masing," katanya.

Pada 15 Ogos, EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud mengumumkan program Sehat bakal dilancar pada 30 Ogos ini.

Program itu bertujuan membantu penduduk Selangor meluahkan tekanan mental yang dihadapi terutama dalam mendepani pandemik Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619