AGENDA

Lebih satu perempat RM2.2 bilion belanjawan untuk program kebajikan

27 Ogos 2021, 7:27 AM
Lebih satu perempat RM2.2 bilion belanjawan untuk program kebajikan

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Negeri membelanjakan lebih satu perempat daripada RM2.2 bilion peruntukan Belanjawan Selangor 2021 untuk program kebajikan.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi memastikan tiada sesiapa tercicir bantuan yang turut disalurkan dalam bentuk pemerkasaan perniagaan.

"Secara asasnya sejak dari 2008 Kerajaan Selangor telah memperkenal program-progam kebajikan yang mana dari tujuh program ia berkembang hingga kepada 33 program ketika ini.

“Kita ada pelbagai program antaranya air percuma, kemudian ada program baru seperti RiDE (Roda Darul Ehsan) dan program AnIS (Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor) untuk anak kurang upaya,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib mengenai jenis bantuan dan jumlah bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri pada 2021.

Amiruddin berkata bagi tujuan pemerkasaan, Kerajaan Negeri membelanjakan RM80 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dalam bentuk pinjaman kepada 50,000 peminjam bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

“RiDE sebagai contoh, ia satu usaha memastikan anak muda mendapat bantuan dan sokongan untuk mendapat lesen motosikal selain dapat berniaga dalam bidang e-panggilan.

“Pakej Kita Selangor 2.0 juga melihat kepentingan pekerjaan, justeru kita buat Selangor Freelance, Selangor Rakan Digital dan Selangor Kerjaya kerana kita jangka ramai yang mungkin hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619