AGENDA

Perolehan MBI, PKNS sedikit turun akibat PKP

27 Ogos 2021, 4:14 AM
Perolehan MBI, PKNS sedikit turun akibat PKP

SHAH ALAM, 27 OGOS : Dua anak syarikat Kerajaan Negeri mencatatkan nilai perolehan agak menurun pada tahun lalu disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mencatatkan perolehan keuntungan sebanyak RM108.8 juta pada tahun lalu berbanding RM417.4 juta (2019) dan RM120.3 juta (2018).

Manakala, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencatatkan nilai perolehan sebanyak RM510.2 juta pada tahun lalu, RM659.7 juta (2019) dan RM613.2 juta (2018).

"Jika kita lihat untuk ketiga-tiga tahun, pada 2020 nilai perolehan kedua-dua anak syarikat ini agak menurun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedikit sebanyak agak menjejaskan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Jeram Shaid Rosli mengenai prestasi anak syarikat Kerajaan Negeri dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mengulas mengenai kos operasi anak syarikat itu, Amirudin berkata kos itu masih mampu ditanggung dan tidak perlu menjual sebarang aset.

"Kos operasi masih mampu ditanggung daripada hasil wang tunai yang masuk. Idea asal penubuhan anak syarikat adalah untuk meringankan tugas Kerajaan Negeri dan memberi nilai yang bagus," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619