AGENSI

Ekspo pelancongan promosi Pusing Selangor Dulu, tingkat jumlah pelancong

26 Ogos 2021, 12:30 PM
Ekspo pelancongan promosi Pusing Selangor Dulu, tingkat jumlah pelancong

SHAH ALAM, 26 OGOS: Kempen pelancongan domestik "Pusing Selangor Dulu" akan dipromosikan dalam Ekspo Pelancongan Maya (VTE) 2021 yang berlangsung mulai esok sehingga Ahad ini.

Pengurus besar Tourism Selangor berkata ia bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong apabila pergerakan domestik dibenarkan melalui pembudayaan norma baharu.

"Usaha ini mampu membantu operator pelancongan negeri menjana pendapatan menerusi penjualan pakej pelancongan domestik ditawarkan VTE2021 sekali gus memberi sinar kepada industri yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Penyertaan ini memberi peluang kepada penggemar aktiviti pelancongan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan produk sedia ada di Selangor termasuk yang terbaharu," kata Azrul Shah Mohamad dalam kenyataan.

Beliau menambah pembabitan Tourism Selangor dalam ekspo anjuran Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia (DiTTAM) mampu memberikan pendedahan dan pembelajaran bagi pelaksanaan program pendigitalan pelancongan pasca pandemik.

"Pusing Selangor Dulu" dilancarkan 17 Disember tahun lalu sebagai pendekatan menggalakkan rakyat tempatan melancong ke negeri ini.

Aktres popular Che Puan Juliana Evans dilantik sebagai duta pelancongan Selangor bagi mempromosikan kempen terbabit.

Penggemar aktiviti pelancongan boleh menyertai VTE2021 di pautan https://vte2021.malaysiaexpo.net/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619