AGENDA

Ahli politik Selangor tidak diberi tauliah mengajar agama Islam

26 Ogos 2021, 3:15 AM
Ahli politik Selangor tidak diberi tauliah mengajar agama Islam

SHAH ALAM, 26 OGOS: Tauliah mengajar agama Islam tidak akan diberi kepada mana-mana individu berstatus ahli politik di Selangor, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 6 April lalu dan mendapat perkenan Ahli Dewan di Raja Selangor dalam sidang Mesyuarat Dewan di Raja Selangor ke-151 pada 4 Mac 2019.

"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah mengajar dan masih berkuatkuasa dikekalkan hingga tamat tempoh sah tauliah dengan syarat ahli politik yang menyampaikan ceramah tidak menyentuh isu kepartian, mengaibkan individu tertentu, menyebar fitnah dan menjaga akhlak serta menjaga kemuliaan masjid dan surau sebagai pusat ilmu dan dakwah setempat.

"Buat masa ini tafsiran yang digunakan Jawatankuasa Tauliah Mais, ahli politik adalah mereka yang jelas menganggotai mana-mana ahli politik. Jumlah ahli politik yang masih memegang tauliah mengajar agama Islam di Selangor ialah seramai 31 individu," katanya.

Amirudin menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung individu berstatus ahli politik tidak akan diberikan tauliah mengajar agama Islam pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau berkata satu cadangan pindaan juga telah dicadangkan kepada Mais bagi memberi tafsiran ahli politik di dalam Peraturan Tauliah yang diwujudkan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619