ADN

Ketua pembangkang negeri cadang fasiliti kerajaan jadi pusat kuarantin

25 Ogos 2021, 9:42 AM
Ketua pembangkang negeri cadang fasiliti kerajaan jadi pusat kuarantin

SHAH ALAM, 25 OGOS: Ketua pembangkang Selangor menyarankan bangunan milik Kerajaan Negeri di Sabak Bernam dijadikan pusat kuarantin dan isolasi pesakit Covid-19.

Datuk Rizam Ismail turut mencadangkan bangunan lain yang bersesuaian termasuk balai raya, Institut Latihan Jati Diri Selangor dan Hay Resort Sabak Bernam.

"Dari kita belanja untuk bangunan yang tidak tahu akan jadi apa (kemudian), lebih baik kita elokkan fasiliti bangunan yang dah ada dan wartakan.

"Jika jadikan dewan badminton, takraw sebagai pusat kuarantin Kerajaan Negeri kena keluar duit sewa tandas bergerak, katil, dan peralatan lain untuk pesakit," katanya pada ucapan perbahasan dalam sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Rizam yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar berkata Hay Resort juga boleh digunakan untuk tujuan lain yang bermanfaat jika dibaik pulih.

"Daripada jadi projek gajah putih, lebih baik baik pulih. Bila dah menang lawan virus ini, (resort) boleh beri kepada pemaju untuk lebih bermanfaat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619