EXCO

Betik, nanas antara tanaman bermutu tinggi jana ekonomi

25 Ogos 2021, 7:46 AM
Betik, nanas antara tanaman bermutu tinggi jana ekonomi

SHAH ALAM, 25 OGOS: Selangor bakal memperkenal beberapa benih tanaman asli bermutu tinggi yang diusahakan penduduk negeri ini pada bulan depan.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata jenis tanaman tersebut termasuk betik, nanas, timun dan melon sesuai dengan kualiti tanah negeri.

"Setakat ini kita tetapkan 12 jenis tanaman bernilai tinggi sebagai pendekatan baharu sektor pertanian dapat menjamin ekonomi," katanya menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sementa Dr Daroyah Alwi pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 7 September tahun lalu, Izham berkata sebanyak 12 jenis tanaman bernilai tinggi dikenal pasti sebagai pendekatan baharu sektor pertanian bagi menjamin ekonomi.

Beliau berkata tanaman seperti halia, kubis dan jagung ayam antara yang disasarkan bagi mengurangkan risiko kerugian jika berlaku perkara luar jangka.

Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada Jun memperuntuk lebih RM13 juta merangkumi program jaminan bekalan makanan, Agro Prihatin dan peningkatan hasil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619