AGENDA

Selangor Mental Sihat bantu urus emosi ketika pandemik

25 Ogos 2021, 4:07 AM
Selangor Mental Sihat bantu urus emosi ketika pandemik

SHAH ALAM, 25 OGOS: Inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan program Selangor Mental Sihat (Sehat) bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin parah sepanjang tempoh pandemik.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata masalah kesihatan mental bukan hanya melibatkan penjawat awam malah termasuk petugas barisan hadapan.

"Justeru, Kerajaan Negeri membangunkan sebuah inisiatif lebih holistik iaitu Sehat dengan peruntukan RM500,000 mencakupi aspek promosi, kesedaran, saringan awal, intervensi, pembangunan modul dan latihan kaunselor.

"Ia melibatkan kerjasama pasukan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman dan NGO (MIASA),” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Selain itu, Siti Mariah berkata sebanyak 17 kes kesihatan mental direkodkan melalui perkhidmatan kaunseling oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor setakat Julai.

Beliau berkata sebanyak 420 aduan membabitkan isu lain turut diterima dalam tempoh sama.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sebanyak 122,328 panggilan bantuan sokongan psikososial diterima di seluruh negara antara 1 Januari hingga 18 Jun, meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619