AGENDA

Selangor peruntuk RM14.5 juta laksana program sukan

24 Ogos 2021, 5:55 AM
Selangor peruntuk RM14.5 juta laksana program sukan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM14.5 juta untuk menjalankan pelbagai aktiviti di bawah Program Generasi Muda dan Sukan pada tahun lalu.

EXCO Mohd Khairuddin Othman berkata pecahan peruntukan melibatkan pembangunan generasi muda (RM5.26 juta), pembangunan sukan (RM7 juta) serta membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur sukan (RM2.24 juta).

"Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor komited melaksanakan program pembangunan sukan untuk melahirkan atlet pelapis yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara.

"Antara usaha dilakukan adalah memperkenakan Program Bakat, Program Pelapis dan Program Elit. Ketiga-tiga peringkat program ini merangkumi peruntukan berjumlah RM4.11 juta," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Permatang Rozana Zainal Abidin berhubung peruntukan diluluskan bagi aktiviti sukan pada 2020 dalam Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata Selangor turut menggorak langkah dengan memanfaat media sosial dengan menganjurkan program e-sukan yang bersesuaian dengan trend baharu.

"Antara program yang dianjurkan pada 2020 adalah E-Sports Fifa Piala Budak Kampung, Selangor Xtiv Virtual E-Sport dan Selangor Xtiv Virtual Run.

"Aktiviti lain adalah Gelanggang Selangor Martial Arts Virtual, Pro Club Super League, Selangor Xtiv Video Challenge dan Selangor FIFA Pro Club League 2020," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619