ADN

Sarang penagih dadah di Gerai MPK diserbu, 15 ditahan

23 Ogos 2021, 9:30 AM
Sarang penagih dadah di Gerai MPK diserbu, 15 ditahan

SHAH ALAM, 23 OGOS: Seramai 15 individu ditahan selepas polis menyerbu kawasan dipercayai menjadi sarang penagih dadah di Gerai Majlis Perbandaran Klang (MPK) Sungai Aur, Pelabuhan Klang hari ini.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang berkata operasi dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bersama Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Persekitaran MPK jam 10 pagi tadi.

Menurut Azmizam Zaman Huri, pihak berkuasa turut menemui sampah dan sisa barang yang dikumpul penagih dadah yang menghasilkan bau busuk dan mengundang rasa kurang selesa kepada peniaga dan pengunjung gerai tersebut.

"Kesemua individu tersebut dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.

"Kami berterima kasih kepada pihak berkaitan kerana mengambil tindakan pantas bagi membendung masalah najis dadah terutama di kawasan pekan Pelabuhan Klang," katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK segera membersihkan kawasan gerai berkenaan bagi mengelak pembiakan aedes yang boleh menimbulkan kacau ganggu terhadap peniaga dan pengunjung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619