AGENSI

Peserta vaksin Selangor gesa individu lengkap disuntik terus kekal di rumah

22 Ogos 2021, 10:52 AM
Peserta vaksin Selangor gesa individu lengkap disuntik terus kekal di rumah
Peserta vaksin Selangor gesa individu lengkap disuntik terus kekal di rumah
Peserta vaksin Selangor gesa individu lengkap disuntik terus kekal di rumah

BANTING, 22 OGOS: Individu yang melengkapkan pengambilan vaksin diharap terus kekal di rumah dan tidak menyalah guna kelonggaran diberi kerajaan berikutan kes Covid-19 masih tinggi.

Suri rumah P Shanthi, 26, berkata beliau dan suami D Kalithasan, 25, serta keluarganya yang mendapat suntikan dos kedua hari ini memutuskan akan hanya keluar untuk mendapatkan keperluan harian serta bekerja.

[caption id="attachment_484583" align="alignright" width="380"] P Shanthi. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Walaupun kemudahan ini boleh dimanfaat dalam tempoh dua minggu lagi, kami akan kekal begitu kerana perasaan takut dijangkiti masih ada dan varian baharu Covid-19 yang mudah merebak membimbangkan.

"Mereka yang sudah lengkap dua dos juga diharap berbuat perkara sama," katanya ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib di PPV Dewan MPKL Banting Baru hari ini.

Pembantu kantin Siti Khursiah Md Nor, 42, berkata beliau berasa lebih selamat untuk keluar bekerja selepas mendapat suntikan pelalian apabila kerajaan mengumumkan pembukaan semula sekolah nanti.

[caption id="attachment_484584" align="alignleft" width="380"] Siti Khursiah Md Nor. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Ini kerana pekerjaan saya dikelilingi murid-murid yang berisiko dijangkiti Covid-19 selain di rumah ada dua anak berusia 12 dan lima tahun.

"Walaupun potensinya masih ada selepas divaksin, ini adalah antara usaha untuk mengurangkan jangkitan," katanya.

Bekas pekerja swasta Chung Chin Sin, 56, berkata perasaan lega dirasai selepas lengkap dua dos suntikan ketika kes Covid-19 masih tinggi.

"Namun saya risaukan ibu yang masih tidak mahu divaksin kerana takut untuk keluar rumah walaupun dipujuk beberapa kali. Diharap wakil rakyat dapat mengadakan pemberian vaksin dari rumah ke rumah untuk kes terpencil seperti ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619