AGENSI

Penerima vaksin Selangor lega lengkap disuntik, elak terdedah jangkitan

21 Ogos 2021, 3:56 PM
Penerima vaksin Selangor lega lengkap disuntik, elak terdedah jangkitan
Penerima vaksin Selangor lega lengkap disuntik, elak terdedah jangkitan
Penerima vaksin Selangor lega lengkap disuntik, elak terdedah jangkitan

PETALING JAYA, 21 OGOS: Penerima suntikan pelalian program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti menyuarakan kelegaan selepas lengkap disuntik dua dos.

Pereka grafik Fatin Zahidah Hamizan, 26, berkata walaupun agak lambat berbanding keluarganya tetapi bersyukur sudah menjalankan tanggungjawab mengambil vaksin dalam usaha mencegah dijangkiti Covid-19.

[caption id="attachment_484472" align="alignright" width="380"] Fatin Zahidah Hamizan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Biarpun agak lewat tetapi gembira melengkapkannya ketika kes masih lagi tinggi. Kini saya lebih yakin untuk keluar bekerja," katanya ketika ditemui di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Pekerja swasta Trevor Wang, 30, berkata beliau tidak sabar untuk menerima dos kedua suntikan vaksin kerana risau peningkatan kes Covid-19.

"Saya berasa lega dan berharap masyarakat semua berdaftar untuk mendapatkan vaksin supaya dilindungi," katanya.

[caption id="attachment_484473" align="alignleft" width="380"] Mohamad Sujon Ali. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pengawal keselamatan Mohamad Sujon Ali, 23, berkata beliau sepatutnya menerima vaksin kedua pada 13 Julai lalu namun terpaksa ditangguh berikutan salah seorang rakannya positif Covid-19.

"Saya turut menjalani kuarantin dan bersyukur kerana keputusan saringan dilakukan sebanyak dua kali negatif.

"Pekerjaan saya berisiko tinggi dijangkiti kerana terdedah dengan orang ramai dan sebab itu tidak sabar untuk ambil suntikan kedua," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619