AGENDA

Penunggang e-panggilan digesa berwaspada, pastikan tempahan pelanggan selamat

21 Ogos 2021, 8:31 AM
Penunggang e-panggilan digesa berwaspada, pastikan tempahan pelanggan selamat

GOMBAK, 21 OGOS: Penunggang e-panggilan diminta berhati-hati ketika bertugas bagi mengelak kejadian tidak diingini terutama di jalan raya, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata aspek keselamatan perlu dititik berat mereka kerana menjadi harapan pelanggan untuk menerima barangan dan makanan ditempah dalam keadaan baik.

"Saya berharap penunggang e-panggilan dapat memandu secara berhemah dan elak sebarang bencana sebab mereka yang menjadi penyambung kepada kitaran ekonomi kita sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM500 kepada 50 peserta program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di Dewan Rakyat Batu Caves di sini hari ini.

Turut hadir, EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Sementara itu, Amirudin berkata majoriti peserta program terbabit telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sekali gus dapat menjalankan tugas dengan selamat sepanjang pandemik Covid-19.

"Saya gembira apabila mereka sudah divaksin, paling tidak satu dos. Ia membuktikan golongan ini sangat peka dengan kesihatan dan keselamatan masing-masing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619