AGENSI

Kita Buskers Selangor diperluas ke pusat beli-belah, pejabat awam

21 Ogos 2021, 7:38 AM
Kita Buskers Selangor diperluas ke pusat beli-belah, pejabat awam

PETALING JAYA, 21 OGOS: Projek Kita Buskers Selangor bakal diperluas ke beberapa lokasi antaranya pusat beli-belah dan pejabat awam, kata EXCO kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah berkata pendekatan lanjut sedang dibincangkan bagi membantu pemuzik jalanan atau busker menjana pendapatan sepanjang pandemik.

"Konsep yang digunakan sama seperti di pusat pemberian vaksin (PPV) antaranya dua sesi di setiap PPV dan setiapnya melibatkan dua busker.

"Ini sebahagian inisiatif kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19 kerana bergantung sepenuhnya dengan bermain muzik di tempat awam," katanya selepas meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) di PPV Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Pada 7 Ogos, Borhan berkata Kerajaan Negeri membela nasib busker dengan menempatkan mereka di PPV terpilih termasuk empat PPV mega bawah persekutuan.

Setakat ini, seramai 720 pemuzik jalanan dibantu melalui projek tersebut dengan peserta menerima sejumlah wang sagu hati selain kutipan awam bagi meneruskan kehidupan.

Projek selama sebulan mulai 15 Ogos membabitkan PPV Bangi Avenue, Sunway, Dewan MBPJ, MSU

Shah Alam, Tanjung Sepat dan Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619