AGENDA

Hampir 40,000 pekerja industri dan komuniti terima Vaksin Selangor

20 Ogos 2021, 11:23 AM
Hampir 40,000 pekerja industri dan komuniti terima Vaksin Selangor

PETALING JAYA, 20 OGOS: Hampir 40,000 dos Vaksin Selangor (Selvax) sudah disuntik sejak pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini, bermula 26 Jun hingga hari ini.

Ketua PPV Selgate Shazana Aimi Kamarudin berkata hampir 30,000 peserta menerima suntikan dos pertama dan kedua di bawah program Selvax Industri manakala selebihnya Selvax Komuniti.

"Kami juga terima penyertaan Selvax Industri daripada pekerja luar Selangor antaranya Affin Bank, Celcom dan Maxis. Permohonan mereka dibuat menerusi ibu pejabat mereka di Selangor.

"Manakala sejumlah 10,000 peserta Selvax Komuniti pula melibatkan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama, Kampung Tunku, Bukit Gasing dan Bukit Lanjan,” katanya ketika ditemui.

Shazana berkata pihaknya menjangkakan seramai 5,900 individu lagi akan hadir menerima vaksin esok.

"PPV Tropicana Gardens Mall akan ditutup sepenuhnya pada 3 September depan. Setakat ini proses berjalan lancar biarpun menerima kehadiran ramai,” katanya.

Pada Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619