BERITA UTAMA

Pesakit wabak kurang, penggunaan katil hospital turun 20 peratus

20 Ogos 2021, 12:17 AM
Pesakit wabak kurang, penggunaan katil hospital turun 20 peratus

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di Selangor menurun berdasarkan penggunaan katil yang berkurangan 20 peratus dalam tempoh 1 hingga 17 Ogos.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata penggunaan semasa 7,780 katil disediakan bagi berdepan penularan wabak itu menunjukkan 81 peratus diguna berbanding 101 peratus pada 1 Ogos.

Jelasnya, penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) juga berkurangan kepada 90 hingga 100 peratus berbanding melebihi kapasiti sebelum ini.

"Malah ketika kes memuncak pesakit kritikal terpaksa dirawat menggunakan ventilator di luar ICU.

"Dua minggu ini kita lihat keadaannya semakin baik, golongan berusia 60 tahun ke atas semakin berkurangan di ICU selepas kumpulan itu menerima vaksin," katanya di sini semalam.

Dr Sha'ari turut menasihatkan individu menghidap penyakit kronik berhati-hati dan sentiasa patuh tatacara operasi piawai walaupun sudah menerima vaksin.

"Dapatkan rawatan secukupnya dan pastikan diri dalam keadaan sihat.

"Kalau dijangkiti mungkin gejalanya teruk tetapi dapat dikurangkan dengan vaksin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619