AGENDA

75 peratus penuntut, kakitangan UIAM terima vaksin

19 Ogos 2021, 12:48 AM
75 peratus penuntut, kakitangan UIAM terima vaksin

75 peratus penuntut, kakitangan UIAM terima vaksin

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

GOMBAK, 19 OGOS: Sebanyak 75 peratus daripada 31,500 penuntut dan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menerima suntikan pelalian Covid-19 setakat ini.

Pengarah pusat pemberian vaksin (PPV) UIAM berkata jumlah itu membabitkan dos pertama dan kedua menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti.

"Dengan perkembangan ini, kita percaya sasaran 85 peratus pelajar dan kakitangan menerima vaksin mampu dicapai menjelang semester baharu yang bakal dibuka pada Oktober depan.

"Ia penting bagi memudahkan sesi pembelajaran walaupun kita mempunyai banyak pilihan dan tidak semestinya dibuat secara fizikal semata-mata," kata Dr Muhammad Faris Abdullah ketika ditemui pada program Selvax Komuniti di sini semalam.

Beliau turut menghargai peluang diberikan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dalam program tersebut bagi meningkatkan kadar suntikan vaksin kepada pelajar dan kakitangan.

"Sebelum ini kita cuba menubuhkan PPV tetapi akhirnya dapat peluang dengan Kerajaan Negeri. Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk pastikan pelajar dan kakitangan divaksin segera," katanya.

Kerajaan Negeri menyediakan 500,000 dos vaksin menerusi Selvax Komuniti untuk dimanfaatkan 250,000 rakyat negeri ini.

Usaha itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619