AGENDA

UIAM pusat pengajian pertama sertai program vaksin negeri

18 Ogos 2021, 9:03 AM
UIAM pusat pengajian pertama sertai program vaksin negeri

GOMBAK, 18 OGOS: Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi meningkatkan kadar suntikan vaksin dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Pengarah Pasukan Khas Selangor Covid-19 berkata inisiatif Vaksin Selangor (Selvax) yang pertama kali membabitkan pusat pengajian tinggi menyasarkan 2,500 peserta sehari.

"Universiti ini agak unik kerana mempunyai populasi antarabangsa sangat besar. Ada yang datang dari Somalia, Afghanistan, Iraq, Thailand dan Singapura.

"Inisiatif Kerajaan Negeri bersama pengurusan UIAM ini dapat membantu mana-mana pelajar dan kakitangan yang belum menerima vaksin mendapat suntikan segera," kata Dr Mohammad Farhan Rusli ketika ditemui di sini hari ini.

Pusat pemberian vaksin yang disediakan universiti terbabit beroperasi selama dua hari mulai semalam dari jam 9 pagi hingga 5 petang khusus untuk suntikan dos pertama.

Sementara itu, Dr Mohammad Farhan bercadang untuk memberi dos kedua dalam tempoh sehari dengan memaksimumkan kapasiti petugas kesihatan dan sukarelawan.

"Insya-Allah, dos kedua diberi tiga minggu dari sekarang. Jika peserta boleh digabungkan, kita akan suntik dos kedua pada hari yang sama," katanya.

Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Program yang bakal memanfaatkan 1.25 juta penduduk menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri serta diiktiraf kerajaan persekutan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619