AGENDA

1,000 peserta awal sukarelawan Selangor terima Skim Insurans Peduli Sihat

18 Ogos 2021, 7:42 AM
1,000 peserta awal sukarelawan Selangor terima Skim Insurans Peduli Sihat
1,000 peserta awal sukarelawan Selangor terima Skim Insurans Peduli Sihat

SHAH ALAM, 18 OGOS: Kerajaan Negeri mewujudkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) untuk menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutamanya berkaitan pandemik Covid-19.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sukarelawan terpilih akan dilatih dengan modul-modul bertemakan Covid-19 secara berkala.

"Kemahiran seperti pengurusan pesakit, ujian Covid-19 di rumah, penggunaan kit penilaian rumah menerusi SELangkah serta pelbagai lagi akan diajar secara profesional.

"Menerusi SUKA, sifat kesukarelawanan dapat dibudayakan dalam masyarakat," katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata sebarang pertanyaan lanjut boleh e-mel kepada sukakomuniti2021@gmail.com atau layari www.sukasociety.org.

Sementara itu menerusi perkongsian infografik, Amirudin memaklumkan sukarelawan akan menerima manfaat Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS), kit sukarelawan dan latihan berkala secara percuma.

Seramai 1,000 individu yang mendaftar awal akan mendapat manfaat tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619