AGENDA

Pandemik Covid-19 cetus kesepaduan rakyat, bantuan kepada semua bangsa

17 Ogos 2021, 4:04 PM
Pandemik Covid-19 cetus kesepaduan rakyat, bantuan kepada semua bangsa

SHAH ALAM, 17 OGOS: Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu memberi impak daripada aspek menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata walaupun Covid-19 dianggap musibah namun ia merupakan detik perpaduan dalam negara.

Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong memberi contoh di pusat pemberian vaksin (PPV) dapat dilihat petugas kesihatan dan sukarelawan terdiri daripada pelbagai kaum tetapi tidak nampak perbezaan diskriminasi antara mereka.

"Ini juga dapat dilihat daripada program pemberian bakul makanan yang mana badan bukan kerajaan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

"Pandemik memang musibah tetapi menyatupadukan semua dan ini detik-detik perpaduan dalam negara. Kita banyak berpecah tetapi pandemik tidak dinafikan ia detik perpaduan selain sukan dan sebagainya,"katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bual Bicara: Perang dan Merdeka Era Pandemik yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV malam tadi.

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara sedikit menurun kepada 19,631 kes berbanding 19,740 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kekal pada paras 5,000 iaitu 5,753 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619