AGENDA

Jabatan Peguam Negara siar warta Muhyiddin jadi PM sementara

17 Ogos 2021, 5:37 AM
Jabatan Peguam Negara siar warta Muhyiddin jadi PM sementara

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuaan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan kerajaan persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa semalam.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.3) 2020 [P.U.(A)201/2020].

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619