ADN

400 pekerja KDEBWM Kajang terima suntikan Selvax DUN Balakong

17 Ogos 2021, 5:17 AM
400 pekerja KDEBWM Kajang terima suntikan Selvax DUN Balakong

SHAH ALAM, 17 OGOS: Seramai 400 pekerja KDEB Waste Management (KDEBWM) Kajang menerima suntikan menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Balakong semalam.

Ahli Dewan Negeri Wong Siew Ki berkata pihaknya menghargai pekerja terbabit mengatakan walaupun ramai daripada mereka buta huruf tetapi masyarakat bergantung kepada perkhidmatan golongan itu.

"Saya masih ingat kesusahan yang kita hadapi bulan lepas semasa sebahagian pekerja KDEBWM telah dijangkiti Covid-19 dan sebahagian lagi di bawah kuarantin kendiri.

"Perkhidmatan kutipan sampah hampir terjejas di beberapa kawasan pada masa itu. Lindungan kepada pekerja-pekerja kita perlu diadakan dan berharap dengan program ini mereka lebih terlindung dan juga melindungi komuniti kita," katanya di Facebook.

Pekerja KDEBWM menerima suntikan Selvax Komuniti DUN Balakong di pusat pemberian vaksin (PPV) Evo Mall semalam.

Kerajaan Negeri menyediakan 500,000 dos vaksin menerusi Selvax Komuniti untuk dimanfaatkan 250,000 rakyat negeri ini.

Manakala sebanyak dua juta dos vaksin pula kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619