EXCO

Enakmen Majlis Belia Selangor dibawa dalam sidang dewan negeri

15 Ogos 2021, 3:19 PM
Enakmen Majlis Belia Selangor dibawa dalam sidang dewan negeri

SHAH ALAM, 15 OGOS: Enakmen Majlis Penggerak Belia Selangor (PeBS) antara perkara yang akan diberi tumpuan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata enakmen baharu itu sedang dirangka bagi memastikan semua persatuan belia negeri ini ditadbir bawah satu pergerakan.

"Langkah tersebut antara lain membolehkan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memfokuskan sepenuhnya terhadap aspek pembangunan sukan di negeri ini.

"Saya akan beri penambahbaikan terhadap PeBS termasuk mewujudkan entiti mereka sendiri selain melihat masalah pekerjaan dalam kalangan belia," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan cek cura program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) berjumlah RM343,080 di perkarangan Dewan MBSA Seri Pagi, Seksyen U19 di sini hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Dewan Negeri Paya Jaras berharap semua wakil rakyat dapat terlibat dalam memberi cadangan penambahbaikan terhadap Kerajaan Negeri sepanjang persidangan tersebut.

"Saya berharap mereka (wakil rakyat) bukan sahaja mencari kelemahan tetapi sama-sama membangunkan Kerajaan Negeri," katanya.

DNS dijadual bersidang pada 23 Ogos hingga 6 September depan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619