AGENDA

Aktiviti riadah di taman rekreasi awam dibenar mulai esok

15 Ogos 2021, 3:48 AM
Aktiviti riadah di taman rekreasi awam dibenar mulai esok
Aktiviti riadah di taman rekreasi awam dibenar mulai esok

SHAH ALAM, 15 OGOS: Kerajaan setuju membuka taman-taman rekreasi awam di negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negera untuk tujuan riadah mulai esok, kata perdana menteri.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin kebenaran itu terhad kepada aktiviti jogging, berbasikal dan bersenam secara individu di taman-taman rekreasi awam dalam kawasan kejiranan sahaja.

"Kebenaran ini amat penting untuk rakyat mendapat lebih masa berada di kawasan terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan yang lebih baik berbanding hanya terkurung di rumah.

"Jadi, saya amat berharap agar kemudahan ini tidak disalah guna," katanya dalam kenyataan mengenai kemudahan sektor sosial bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, hari ini.

Pada masa sama Muhyiddin mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan supaya bertanggungjawab memantau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di lokasi berkenaan untuk memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan bagi mengelakkan mudarat.

Negeri dan wilayah yang termasuk dalam Fasa 1 PPN ialah Selangor, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya.

Seorang individu dikira lengkap vaksinasi selepas 14 hari menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619