ADN

Lebih 2,000 keluarga di DUN Sentosa terima bantuan makanan

15 Ogos 2021, 1:00 AM
Lebih 2,000 keluarga di DUN Sentosa terima bantuan makanan
Lebih 2,000 keluarga di DUN Sentosa terima bantuan makanan

KLANG, 15 OGOS: Sebanyak RM60,000 dibelanjakan untuk agihan makanan asas kepada penduduk memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa sejak perintah kawalan ketat Jun lalu.

Wakil rakyat Dr Gunaraj George berkata bantuan menerusi peruntukan Pakej Kita Selangor 2.0 memanfaatkan seramai 2,200 keluarga.

“Kita menggunakan 60 peratus daripada dana yang disalur Kerajaan Negeri untuk menyediakan barangan keperluan seperti beras, tepung, gula, sardin, susu, bihun, mi segera dan sayur-sayuran.

[caption id="attachment_483570" align="alignright" width="500"] Ketua Komuniti India DUN Sentosa, K. Thangarajah (kiri), bersama Skuad khas DUN Sentosa, Sakthi Siva (kanan), membuat persiapan pek barangan asas untuk diagih kepada penduduk pada program pengedaran barangan asas anjuran DUN Sentosa di Taman Sri Mewah, Klang pada 14 Ogos 2021.Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sejak pelaksanaan perintah tersebut, setiap hari kita menerima permohonan dan diharap bantuan itu meringankan beban keluarga yang tidak dapat keluar rumah serta hilang pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengedarkan barangan asas kepada 400 keluarga terjejas Covid-19 di pekarangan pusat khidmatnya di sini semalam.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang dibentang pada 9 Jun lalu, peruntukan program Mesra Rakyat kepada semua 56 wakil rakyat termasuk pembangkang ditingkat kepada RM100,000.

Kerajaan Negeri atas semangat ‘Kita Selangor’ juga bersetuju memberi peruntukan tambahan RM50,000 untuk program tersebut membabitkan jumlah keseluruhan RM3.28 juta.

Pada 20 Januari, setiap DUN diperuntuk RM100,000 dan RM50,000 untuk ahli parlimen negeri ini bagi melaksanakan program sama melalui Pakej Kita Selangor 1.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619