AGENSI

Mais bantu masjid, pusat tahfiz 'tenat' akibat pandemik

13 Ogos 2021, 12:43 PM
Mais bantu masjid, pusat tahfiz 'tenat' akibat pandemik

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang sebanyak RM537,500 bagi menampung keperluan masjid, surau dan pusat tahfiz negeri ini yang terkesan akibat Covid-19.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebanyak RM337,500 diagihkan kepada 316 masjid dan 322 surau terpilih dengan masing-masing menerima RM500.

Manakala baki RM200,000 disumbangkan kepada 250 pusat tahfiz melalui Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) bagi kos utiliti dan sewa bangunan.

"Sumbangan berbentuk wang tunai ini diberikan menerusi peruntukan baitulmal Mais dengan pembayaran dikreditkan secara berperingkat kepada penerima," katanya selepas menyerahkan cek cura di Lobi Bangunan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Abdul Aziz berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban institusi berkenaan terutama bagi menampung bil utiliti dan keperluan kecil sepanjang tempoh perintah kawalan.

Sementara itu, pengerusi Pitas berkata operasi pusat tahfiz terjejas berikutan ramai ibu bapa tidak mampu membayar yuran dalam tempoh tujuh bulan yang kini mencecah RM8 juta.

"10 daripada pusat tahfiz terpaksa ditutup sementara jadi kita akan guna peruntukan Mais untuk bantu....yuran telah diberi diskaun namun ibu bapa juga terkesan dan kerana itu pusat tahfiz tidak mampu membayar utiliti, gaji guru.

"Sumbangan Mais ini adalah sinar untuk kita tambah kepada yang amat-amat memerlukan," kata Muhammad Hafiz Muhammad Haneefa Al-Hafiz yang memaklumkan Lembaga Zakat Selangor turut membantu pusat tahfiz yang terkesan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619