AGENDA

60,000 kit ujian air liur untuk keluarga positif Covid-19

12 Ogos 2021, 7:35 AM
60,000 kit ujian air liur untuk keluarga positif Covid-19
60,000 kit ujian air liur untuk keluarga positif Covid-19

SHAH ALAM, 12 OGOS: Sebanyak 60,000 kit saringan kendiri menggunakan sampel air liur akan diagih kepada keluarga yang dijangkiti Covid-19 di negeri ini mulai September.

Dato’ Menteri Besar  Dato' Seri Amirudin Shari berkata kit berkenaan akan dibekal kepada 56 pusat khidmat masyarakat dan pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kerajaan Negeri melalui Selgate Healthcare akan membekal 60,000 kit saringan kendiri menggunakan sampel air liur kepada keluarga-keluarga positif," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Selain itu, Amirudin berkata program Vaksin Selangor (Selvax)  juga memperluas pemberian suntikan kepada kelompok tertentu, terbaru suntikan kepada golongan atlet.

Menjawab soalan, beliau berkata Kerajaan Negeri juga sedia meneruskan saringan Covid-19 berdasarkan kes di sesebuah lokasi khususnya melibatkan kematian.

"Contohnya, ada permohonan wakil rakyat di Subang Jaya selain di Kota Anggerik yang ada 17 kematian dan lakukan saringan di kawasan kejiranan sahaja," kata beliau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619