AGENSI

Program vaksin bergerak mudahkan penghuni 13 rumah di Sabak Bernam

12 Ogos 2021, 7:26 AM
Program vaksin bergerak mudahkan penghuni 13 rumah di Sabak Bernam

SHAH ALAM: 12 OGOS: Penghuni dewasa di 13 rumah di Sabak Bernam hari ini mula menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Vaksinasi Outreach.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan kaedah dari rumah ke rumah itu sebagai salah satu usaha memastikan individu tidak berkemampuan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut mendapat suntikan pelalian.

"Program Vaksinasi Outreach di Sabak Bernam hari ini melibatkan kira-kira 13 rumah. Usaha tetap diteruskan bagi memastikan mereka tidak mampu ke PPV juga mendapat perlindungan," katanya menerusi Facebook.

Pada 5 Jun, Dato' Menteri Besar berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan memulakan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Rumah Jagaan Warga Emas dan Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dato'Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan memulakan program ini pada 8 Jun bagi memastikan kedua-dua golongan tersebut menerima vaksin.

"Konsep ‘outreach’ atau vaksinasi bergerak ini juga dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kepada golongan warga emas dan OKU. Semoga dengan ikhtiar ini akan membantu meningkatkan kadar suntikan di Selangor dan mencapai matlamat ‘herd immunity’," katanya menerusi Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619