AGENDA

3,000 guru tadika boleh mohon bantuan fasa dua mulai Ahad

12 Ogos 2021, 4:04 AM
3,000 guru tadika boleh mohon bantuan fasa dua mulai Ahad
3,000 guru tadika boleh mohon bantuan fasa dua mulai Ahad

SHAH ALAM, 12 OGOS: Permohonan fasa kedua bagi bantuan sekali bayar RM150 kepada guru tadika negeri ini dibuka mulai 15 Ogos hingga 6 September.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

"Dari sasaran 10,197 guru yang bakal menerima manfaat ini, sebanyak 7,177 telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama.

"Permohonan fasa kedua bermula 15 Ogos 2021 akan dibuka bagi memastikan peruntukan bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pada 23 Julai, setiausaha bahagian pengurusan sumber manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri berkata lebih 3,000 guru tadika belum memohon bantuan tersebut.

Mohd Hafeez Shaari menjelaskan inisiatif yang menyasarkan 10,197 guru boleh dimohon menerusi persatuan tadika berdaftar dan pejabat pendidikan daerah.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan bantuan sekali bayar RM150 kepada guru tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusaha melibatkan peruntukan RM1.99 juta.

[caption id="attachment_483190" align="aligncenter" width="500"] Poster bantuan khas guru tadika untuk PKP 3.0 yang dikongsi di Facebook Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619