AGENDA

Covid-19: 70 ibu hamil meninggal dunia, lonjakan luar biasa kes pada Mei dan Jun

11 Ogos 2021, 12:17 PM
Covid-19: 70 ibu hamil meninggal dunia, lonjakan luar biasa kes pada Mei dan Jun
Covid-19: 70 ibu hamil meninggal dunia, lonjakan luar biasa kes pada Mei dan Jun

SHAH ALAM, 11 OGOS: Walau jumlah wanita hamil dijangkiti Covid-19 mula meningkat sejak Oktober tahun lalu, kes kematian seramai 70 orang semuanya direkodkan tahun ini, dedah ketua pengarah kesihatan hari ini.

"Sehingga 9 Ogos 2021, sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 telah dilaporkan berbanding tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan pada tahun 2020," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Tambahnya, secara purata 200 ibu hamil dijangkiti virus sebulan sejak Oktober 2020 hingga Jun tahun ini tetapi terdapat lonjakan luar biasa hingga 850 kes pada Mei dan 899 kes lagi pada Jun tahun ini.

"Sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021, sejumlah 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia. Dianggarkan hampir satu peratus ibu hamil di Malaysia dijangkiti Covid-19," kata Dr Noor Hisham lagi.

Isu ibu hamil menjadi perhatian utama apabila selebriti Siti Sarah Raissuddin yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia kelmarin setelah ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) beberapa hari sebelumnya.

Isteri pelawak Shuib Sepahtu yang melahirkan anak Jumaat lalu tidak sempat mengambil vaksin kerana sedang hamil. Pasangan berkenaan bersama tiga cahaya mata disah positif pada 27 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619