AGENDA

Guna karya seni untuk sampai mesej, beri impak kepada masyarakat

11 Ogos 2021, 5:46 AM
Guna karya seni untuk sampai mesej, beri impak kepada masyarakat

SHAH ALAM, 11 OGOS: Semua cabang seni mampu memberi impak dalam kehidupan seseorang sekiranya mesej disampaikan dengan betul, kata penyanyi hip hop Altimet.

Beliau berkata karya yang ingin diketengahkan pula perlu mengikut saluran bersesuaian dan seiring keadaan semasa bagi menarik perhatian ramai.

"Dalam konteks nusantara, kita memiliki banyak cabang seni seperti gurindam, syair dan pantun. Jika disamakan zaman moden, pantun boleh (disampaikan) dengan Twitter manakala syair serta gurindam melalui siaran blog.

"Jadi, cabang seni memang memainkan peranan untuk menyampaikan sesuatu dan patut digunakan sebaiknya. Insya-Allah akan sampai (kepada masyarakat) jika mesej disampaikan itu baik," katanya.

Pemenang trofi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 berkata demikian pada program bedah buku melalui siaran langsung di Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) malam tadi.

Program itu turut menampilkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sebagai panel selain penterjemah buku berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal, Al-Mustaqeem M Radhi dan Farhan Affandi.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619