AGENDA

5,000 naskhah buku terjemahan biografi Nabi Muhammad diulang cetak

10 Ogos 2021, 3:38 PM
5,000 naskhah buku terjemahan biografi Nabi Muhammad diulang cetak
5,000 naskhah buku terjemahan biografi Nabi Muhammad diulang cetak

SHAH ALAM, 10 Ogos - Dato’ Menteri Besar gembira berikutan buku terjemahan terbitan syarikat yang menerima geran daripada Kerajaan Negeri laris di pasaran hingga terpaksa diulang cetak.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 5,000 naskhah berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dicetak lagi berikutan sambutan baik daripada pembaca.

Beliau menjelaskan buku setebal 496 halaman tulisan Martin Lings atau nama Islamnya Abu Bakar Sirajuddin antara paling laris berbanding lebih 25 buku lain terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

“Saya bernasib baik penterjemah berjaya menterjemah karya ini ke bahasa Melayu yang senada tulisan bahasa Inggeris, jadi ia perlu dibaca kerana pengkaryaan ditulis dengan bahasa cukup indah,” katanya.

Beliau antara ahli panel program bedah buku yang dipancar secara langsung di Facebook IBDE. Turut sama penyanyi hip hop Altimet selain penterjemah buku tersebut Al-Mustaqeem M Radhi dan Farhan Affandi.

Penerbitan buku terjemahan IBDE giat dijalankan menerusi projek Siri Pencerahan sejak empat tahun lalu.

Amirudin menegaskan negeri maju bukan hanya diukur dengan bangunan fizikal, rizab tinggi serta kemajuan perkilangan dan perindustrian tetapi akal budi masyarakat yang memiliki pemikiran sihat dan rasional.

"Melalui pengetahuan buku yang baik dapat meningkatkan kita ke arah sebuah negeri maju," katanya merujuk tulisan saujana Inggeris Martin Lings atau nama Islamnya Abu Bakar Sirajuddin.

Dianggap biografi terbaik Rasulullah SAW,  Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources menampil gaya penulisan yang mudah tetapi disulami bahasa nan indah.

Buku yang meraih banyak anugerah pada peringkat antarabangsa turut menyentuh sisi peribadi baginda selain aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman itu.

Biografi tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang dan Facebook IBDE serta platform e-dagang Shopee dengan carian Buku IBDE atau hubungi penerbit  012-6601601.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619