AGENDA

MB ajak umat Islam persiap diri depani cabaran zaman

9 Ogos 2021, 2:57 PM
MB ajak umat Islam persiap diri depani cabaran zaman

SHAH ALAM, 9 OGOS: Dato' Menteri Besar mengajak umat Islam mempersiapkan diri bagi mendepani cabaran zaman dan menyedari mengulangi kaedah sama dengan mengharapkan hasil yang berbeza merupakan perkara sia-sia.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata intipati daripada peristiwa umat Islam awal di Mekah yang tertindas sehinggalah penghijrahan mereka ke Madinah menjadi pengajaran untuk masyarakat hari ini berubah.

"Dari zaman ke zaman, peristiwa ini sering menjadi panduan spiritual bagi mana-mana gerakan Islam, dan iktibar untuk umat Islam amnya.

"Banyak yang dapat dipelajari, sama ada yang tersurat dan tersirat, daripada perincian persediaan, ketabahan dalam menghadapi derita yang merudung serta mesej yang didasari rasa kebertanggungjawaban untuk membawa keluar umat manusia dari kegelapan menuju cahaya," katanya menerusi perutusan Maal Hijrah 1443H.

Beliau menambah sambutan Maal Hijrah kali ini bersamaan dengan peristiwa penting negara iaitu Hari Kebangsaan yang akan diraikan pada 31 Ogos ini.

"Sepertimana ikoniknya peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu daripada Portugis, Inggeris dan Jepun yang kemudiannya bergabung bersama wilayah Sabah dan Sarawak dan menjadi Malaysia, begitulah pentingnya peristiwa hijrah ini buat umat Islam seluruhnya," katanya.

Amirudin juga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam terutama di negeri ini dengan harapan masyarakat bersedia berubah ke arah yang lebih baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619