AGENDA

MB pesan walau lengkap dos, amal SOP biasa macam belum dapat vaksin

9 Ogos 2021, 12:20 PM
MB pesan walau lengkap dos, amal SOP biasa macam belum dapat vaksin

SHAH ALAM, 9 OGOS: Dato' Menteri Besar mengingatkan individu yang lengkap vaksinasi agar terus mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP) seolah-olah belum menerima suntikan pelalian.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata masyarakat diingatkan agar kekal menjaga penjarakan, menggunakan cecair pembasmi kuman, elak mengunjungi tempat sesak dan jangan sesekali leka.

"Jika anda belum menerima vaksin sila segera hadir ke pusat vaksin tetapi jika sudah saya mohon agar anda terus bersikap seperti seorang yang belum menerima vaksin dengan kekal mematuhi SOP.

"Meskipun vaksin terbukti dapat mengelakkan kesan kritikal akibat Covid-19 namun ia tetap bergantung dengan imuniti kelompok.

"Ditambah dengan kehadiran varian baharu Delta, Delta Plus dan Lambda yang sedang mencatat gelombang jangkitan serius. Justeru, amat penting untuk kita berhati-hati di saat kritikal ini," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video kemas kini usaha Kerajaan Selangor menggempur Covid-19 yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619