AGENDA

Kenderaan GLC, van sekolah diguna bawa pesakit Covid-19

9 Ogos 2021, 8:45 AM
Kenderaan GLC, van sekolah diguna bawa pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kerajaan Selangor akan mengguna pakai kenderaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan van sekolah untuk membawa pesakit ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau hospital.

Dato' Menteri Besar berkata kapasiti itu akan ditambah dengan menggunakan kenderaan jabatan atau agensi bawah Kerajaan Negeri yang kakitangannya bekerja dari rumah.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari kemudahan itu disediakan bagi menggantikan ambulans awam serta swasta sekali gus memudahkan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

"Kita akan mengguna beberapa kenderaan anak syarikat Kerajaan Negeri dan van sekolah bagi kemudahan membawa pesakit Covid-19 ke CAC atau hospital," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video kemas kini usaha Kerajaan Selangor menggempur Covid-19 yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Menurut Amirudin, sebanyak 27 CAC secara fizikal beroperasi di negeri ini dengan dibantu CAC maya yang mana arahan pengawasan dari rumah (HSO) dilaksanakan menerusi digital.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut meminda beberapa laluan Bas Smart Selangor ke lokasi pusat pemberian vaksin (PPV) bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619