AGENDA

Boleh rentas negeri mulai Selasa jika lengkap dua dos vaksin

8 Ogos 2021, 9:15 AM
Boleh rentas negeri mulai Selasa jika lengkap dua dos vaksin
Boleh rentas negeri mulai Selasa jika lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 8 OGOS: Individu yang lengkap menerima dua dos vaksin di seluruh negara dibenar merentas daerah dan negeri dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara.

Namun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebenaran yang berkuat kuasa Selasa ini tertakluk kepada pasangan suami isteri jarak jauh untuk bertemu dan ibu bapa untuk berjumpa anak bawah 18 tahun.

Lengkap dua dos vaksin bermaksud seseorang itu melepasi tempoh 14 hari selepas menerima suntikan Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac manakala 28 hari bagi satu dos vaksin Johnson & Johnson dan Cansino.

"Bagi kemudahan kuarantin pula pengembara warganegara dan bukan warganegara mempunyai kediaman di Malaysia termasuk PR dan Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara dibenar menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital," katanya dalam pengumuman khas hari ini.

Kebenaran kepada individu di negeri fasa dua PPN dan seterusnya:

  • Rentas daerah
  • Aktiviti "dine-in" atau makan di restoran atau kedai makan
  • Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor)
  • Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan homestay dan hotel

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619