AGENDA

ADN: Borang mohon data internet percuma diedar dalam talian esok

6 Ogos 2021, 12:20 PM
ADN: Borang mohon data internet percuma diedar dalam talian esok
ADN: Borang mohon data internet percuma diedar dalam talian esok

PETALING JAYA, 6 OGOS: Borang permohonan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) akan diedarkan kepada penduduk Seri Setia secara dalam talian selewat-lewatnya esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia berkata 200 pemohon layak menikmati kemudahan data internet percuma selama 12 bulan akan dipilih selepas tarikh tutup pada 25 September.

"Permohonan diterima akan dinilai supaya mereka yang benar-benar layak akan mendapat kad SIM dijangka pada 1 Oktober.

[caption id="attachment_476151" align="alignright" width="320"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Halimey Abu Bakar. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Tumpuan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan ibu tunggal yang mempunyai anak-anak masih bersekolah bagi memudahkan pembelajaran mereka," kata Halimey Abu Bakar.

Beliau ditemui selepas mengagihkan pek makanan asas kepada 100 individu terjejas pendapatan akibat Covid-19 di perkarangan pusat khidmatnya di sini hari ini.

Kelmarin, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif Data Internet Selangor yang akan memanfaatkan 70,000 rakyat di Selangor.

Inisiatif bernilai RM17.5 juta, yang juga sebahagian Pakej Kita Selangor 2.0 dibiayai sepenuhnya oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

EXCO, ADN dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) bertanggungjawab dalam memastikan golongan sasar mendapat manfaat terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619