ADN

Galak kerjasama wakil rakyat, tingkat jumlah penerima Selvax Komuniti

6 Ogos 2021, 4:59 AM
Galak kerjasama wakil rakyat, tingkat jumlah penerima Selvax Komuniti

SHAH ALAM, 6 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) digalakkan bekerjasama bagi membantu meningkatkan jumlah penerima pelalian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti.

Eksekutif pembangunan perniagaan Selgate Corporation Aznil Nor Rashed berkata kerjasama antara setiap wakil rakyat di yakini dapat menambah jumlah penerima vaksin Covid-19.

"Setiap wakil rakyat mempunyai kuota mereka tetapi mungkin ada penduduk di DUN tersebut tidak dapat hadir untuk mendapatkan vaksin.

"Oleh demikian, kita mencadangkan penerima yang tidak dapat hadir boleh datang ke program Selvax Komuniti di mana-mana DUN berhampiran bagi mendapatkan suntikan," katanya kepada SelangorKini.

Kerajaan Negeri menyediakan 500,000 dos vaksin menerusi Selvax Komuniti untuk dimanfaatkan 250,000 penduduk negeri ini.

Manakala sebanyak dua juta dos vaksin pula kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)  yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619