AGENDA

Timbalan menteri dakwa kerajaan PN masih kukuh

4 Ogos 2021, 3:10 AM
Timbalan menteri dakwa kerajaan PN masih kukuh

SHAH ALAM, 4 OGOS: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih kukuh sekalipun Umno menarik balik sokongan.

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan baik, lapor Malaysiakini.

"Intact (utuh) semuanya," kata ahli parlimen Padang Besar itu selepas pertemuan dengan lebih 10 ahli parlimen Umno di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir pertemuan yang berlangsung beberapa jam selepas pengumuman Umno menarik balik sokongan terhadap PN.

Pada 3 Ogos, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan berikutan isu antara kerajaan pusat dengan Istana Negara berkaitan pembatalan Ordinan Darurat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619