AGENDA

Urusan kebumi jenazah pesakit Covid-19 maksimum 24 jam

3 Ogos 2021, 1:13 PM
Urusan kebumi jenazah pesakit Covid-19 maksimum 24 jam

SHAH ALAM, 3 OGOS: Langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat bulan lalu memendekkan urusan pengebumian mayat umat Islam tidak melebihi 24 jam.

Menurut Dato' Menteri Besar pengurusan jenazah dapat dilancarkan dengan menjadikan tiga hospital sebagai tempat pengurusan jenazah bagi mengatasi kesesakan bilik mayat sedia ada.

Tiga hospital berkenaan adalah Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri juga dalam proses membantu mengurangkan waktu pengurusan jenazah mangsa Covid-19 bukan Islam yang kini mengambil masa tiga hingga empat hari.

"Pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sedang bertemu pengendali jenazah bukan Islam supaya kita boleh percepatkan proses itu (pengebumian).

"Kes limpahan mayat di HTAR telah ditangani dengan format kita buat," katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

17 Julai lalu, Amirudin mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah Covid-19 Berpusat bagi mengatasi masalah kesesakan bilik mayat.

Menerusi langkah itu, Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan HTAR dijadikan tempat pengurusan hal ehwal berkaitan mangsa sama ada Islam atau bukan Islam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619