AGENDA

Sirim beli vaksin Selangor, syarikat pertama guna kaedah pandu lalu

31 Jul 2021, 8:34 AM
Sirim beli vaksin Selangor, syarikat pertama guna kaedah pandu lalu
Sirim beli vaksin Selangor, syarikat pertama guna kaedah pandu lalu

SHAH ALAM, 31 JULAI: Sirim Berhad (Sirim) menjadi pelanggan pertama Program Vaksin Selangor (Selvax) Industri menerima suntikan pelalian menggunakan kaedah pandu lalu.

Pengerusinya Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali berkata  kira-kira 120 kakitangan termasuk pasangan serta ahli keluarga menggunakan kemudahan berkenaan.

“Kaedah ini memudahkan pekerja yang datang mengambil suntikan dan memberi keselesaan.

"Secara tidak langsung menggalakkan mereka mendapatkan vaksin,” katanya pada sidang media selepas Program Vaksinasi Pandu Lalu Sirim-Selvax hari ini.

[caption id="attachment_481617" align="alignright" width="500"] Petugas kesihatan memberi penerangan sebelum melakukan suntikan vaksin secara pandu lalu kepada kakitangan SIRIM ketika Program vaksinasi pandu lalu SIRIM bersama Selvax di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam pada 31 Julai 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Menerusi pembelian vaksin jenis Sinovac daripada Kerajaan Selangor itu, Dr Ir Ahmad Tajuddin berkata hampir 1,000 pekerja sudah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos.

“Sirim sebagai agensi yang memberi khidmat dalam sektor industri, jadi pekerja terdedah jangkitan Covid-19 ketika berjumpa pelanggan dan turun padang.

“Bagi memastikan keselamatan mereka, kita sertai Selvax supaya pekerja mendapat vaksin lebih cepat,” katanya.

Pada Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan Selvax Industri dengan menyediakan dua juta dos vaksin kepada majikan untuk diagihkan secara percuma kepada sejuta pekerja negeri ini termasuk warga asing.

KDEB Waste Management, Kumpulan Syarikat KOSSAN, 99 Speed Mart, Telekom Malaysia, Touch n Go, EcoWorld dan Tropicana merupakan antara syarikat yang sertainya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619