AGENDA

Ribuan anak muda berarak di KL, desak PM undur

31 Jul 2021, 5:11 AM
Ribuan anak muda berarak di KL, desak PM undur

SHAH ALAM, 31 JULAI: Ribuan penunjuk perasaan berpakaian hitam berarak ke Dataran Merdeka hari ini bagi mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Perhimpunan aman yang berlangsung sejak pagi tadi menyaksikan ramai peserta membawa kain rentang dan plakad tertera "kerajaan gagal" selain "keluar dan #lawan".

Menurut laporan Free Malaysia Today, beberapa peserta - majoriti anak muda turut memegang simbol objek berkain kafan, merujuk kepada kematian akibat wabak Covid-19.

Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tian Chua sebagai tanda solidariti bersama peserta demonstrasi.

Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka.

Bantahan anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat kini sohor di Twitter dengan tanda pagar #Lawan.

Gesaan agar Muhyiddin meletakkan jawatan semakin kuat berikutan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahir rasa “amat dukacita” atas pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda.

Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada 29 Julai, Baginda juga menzahirkan dukacita kerana perkara diperkenan dan dititahkan kepada kerajaan pada 24 Julai supaya pembatalan Ordinan Darurat dibentang serta dibahaskan di Parlimen tidak dilaksanakan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619