AGENSI

PKPD tamat bukan petanda bebas Covid-19, jangan abai SOP

31 Jul 2021, 2:51 AM
PKPD tamat bukan petanda bebas Covid-19, jangan abai SOP

AMPANG, 31 JULAI: Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sehari awal di Pangsapuri Merpati A, Jalan Pandan Indah di sini bukan bererti penduduk bebas dari pandemik Covid-19.

Pegawai Daerah Hulu Langat Najmuddin Jemain berkata penduduk perlu terus berhati-hati dan mengelak aktiviti sosial berikutan ada yang masih menjalani kuarantin kendiri.

"Mereka kena tahu kita masih belum menang lagi kerana kurang kesedaran itu menyebabkan kita menghadapi peningkatan kes kerana ada pelanggaran SOP (tatacara operasi piawai) yang mungkin terleka walaupun tidak mempunyai niat.

"Bagi memastikan penduduk sentiasa peka, saya akan minta pengurusan pangsapuri memantau dan kerap mengingatkan penduduk agar lebih berhati-hati," katanya kepada Selangorkini.

Jelasnya, PKPD ditamatkan sehari awal susulan 559 penduduk selesai divaksin pada 29 Julai lalu dengan keseluruhan 899 penghuni menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Petang semalam, Menteri Kanan Luar Negeri (keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan perintah kawalan ketat di pangsapuri berkenaan ditamatkan sehari awal.

Kawasan tersebut dikenakan PKPD mulai 18 Julai selepas puluhan penghuni dijangkiti Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619