ADN

Wakil rakyat usahakan suntikan ke rumah atasi individu gagal hadir PPV

30 Jul 2021, 9:30 AM
Wakil rakyat usahakan suntikan ke rumah atasi individu gagal hadir PPV
Wakil rakyat usahakan suntikan ke rumah atasi individu gagal hadir PPV

PETALING JAYA, 30 JULAI: Wakil rakyat Bukit Lanjan bercadang memulakan program pemberian vaksin dari rumah ke rumah bagi mengatasi isu individu tidak hadir ke pusat vaksin (PPV).

Elizabeth Wong berkata langkah itu juga berikutan individu yang menerima pelalian di kawasan terbabit masih rendah sekitar 30 peratus daripada 240,000 penduduk dewasa.

"Kita percaya masih ada yang takut untuk ambil vaksin dan memberi alasan seperti sibuk bekerja dan menjaga anak sehingga gagal hadir ke PPV mengikut tarikh janji temu.

[caption id="attachment_481463" align="alignleft" width="369"] ADN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Jadi, saya sedang bincang dengan pihak berkuasa untuk turun ke lapangan bagi memastikan semua divaksin. Ia lebih efektif berbanding ke PPV," katanya ditemui di PPV Tropicana Gardens Mall hari ini.

Sementara itu, wakil rakyat Bukit Gasing menggesa kerajaan mengemas kini data individu selesai menerima vaksin supaya pemberian pelalian dapat ditumpukan di lokaliti tertentu.

"Selepas ini kita sasar untuk melaksanakan pemberian vaksin dari rumah ke rumah kerana kita tahu mereka yang kurang berminat divaksin tidak mungkin akan hadir ke PPV.

"Bagaimanapun, buat masa ini kita tiada data (mereka yang sudah divaksin), jadi kita harap kerajaan dapat keluarkan maklumat tersebut kepada setiap wakil rakyat kawasan," kata Rajiv Rishyakaran.

Kerajaan Selangor menyediakan sebanyak dua juta dos vaksin kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan seramai 250,000 rakyat yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Maklumat berkaitan program tersebut boleh dicapai menerusi https://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600. Orang ramai boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram @SelangorVAX.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619