AGENDA

MB ucap tahniah pelantikan mufti Selangor baharu

30 Jul 2021, 2:51 AM
MB ucap tahniah pelantikan mufti Selangor baharu

SHAH ALAM, 30 JULAI: Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan mufti Selangor yang baharu semalam.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Dato' Dr Anhar Opir atas pelantikan sebagai Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor ketujuh. Selamat bertugas," tulisnya di Facebook.

Semalam, Dr Anhar menerima watikah pelantikan sebagai mufti baharu daripada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Peranan beliau yang sebelum ini merupakan timbalan mufti sejak 2016 berkuat kuasa pada 21 Mei lalu.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Prof Madya Dr Miszairi Sitiris yang mengambil alih jawatan timbalan mufti.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619